Saturday, March 2, 2013

Tembak Kuat-Kuat

Aku Sendirian
Melangkah Pergi Dari Bumi
Aku Yang Pilih Langkah Ini

Tapi 
Kekadang Aku Terjatuh
Jatuh Sungguh
Jauh Ke Dalam
Luka.Sakit.Pedih.
Aku Yakin Kau Doa Untuk Aku
Yang Terbaik Untuk Aku
Aku Tahu Kau Ingat Aku

Terima Kasih Sudi Baling Semangat Untuk Aku
Terima Kasih Tembak Doa Untuk Aku
Terima Kasih Ketatkan Kuat Untuk Aku


Esok Nak Exam Macroeconomcs
Nangis + Tulis Entry
Rindu Sangat Kat Syahirah Aisyah Dan Fazliana Rahim




Tuesday, January 29, 2013

Hati Kecil Ini



بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلى على محم


Sudah..
Penat Kaki Ini Melangkah
Mengejar Sesuatu Yang Sendiri Tidak Pasti
Payah Untuk Menjadikan Ia Hakiki
Cukup..
Usah Menghulur Harapan
Kepada Hati Kecil Ini
Lelah Menanti Yang Tidak Pasti
Ya
Bersyukur Dengan Apa Yang Diberi
Syukur Nikmat Kurniaan Ilahi
Andai Ada Buat Hati
Ia Pasti Hadir
Janji Allah 
Pasti.!

pintu masuk petra _jaulahjordan2013_



Saturday, January 5, 2013

Aku Ada Dia


بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلى على محم

Aku Manusia Biasa
Aku Punya Jiwa
Aku Juga Punya Airmata

Tapi

Aku Ada Dia
Dia Ada Bersama Aku
Dia Tahu Aku Mampu
Dia Tahu Aku Kuat

Dia Tahu Aku Mampu Menghadapi Segalanya
Makin Bertambah Cinta Aku Pada Dia
Aku Hanya Percaya Pada Dia
Dia Tahu Aku Kuat
3:200
Doakan Esok Exam. +_+

Wednesday, January 2, 2013

UntukKalianDariKu

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلى على محمد

Dup..Dap..Dup..Dap..

الله  الله  الله

Tup..Tup..Tup..

Keberadaan Aku Di Bumi Jordan Tidak Ramai Yang Mengetahui.Namun.Cukup Sekadarnya..Sudah Hampir Satu Semester Aku Disini.Kekadang Aku Sendiri Tidak Percaya Bahawa Aku Sudah Berada Di Bumi Barakah Dimana Dahulu Bumi Para Sahabat.Mungkin Dimana Aku Berpijak.Disitu Juga Khalid Al Walid Juga Khalid Al Walid Dan Tenteranya Berpijak Untuk BerJihad Mempertahankan Dan Menyebarkan Syiar Islam.Itu Sejarah Islam Pada Tahun 623 Tahun Yang Dahulu.Aku.Ada Apa Pada Diriku Andai Aku Gugur Di Perjalanan Musafir Ilmu..Apakah Yang Telah Aku Perjuangkan Untuk Agama Ku? Adakah Aku Antara Mereka Yang Menjadi Mata Rantai Perjuangan KekasihNya.Adakah Aku Selayaknya Digelar Hizbullah Andai Diri Masih Lemah Melawan Nafsu Hati.

استغفر الله

Aku Bersyukur KepadaMu Ya Rahman.Kau Masih Meminjamkan Aku.Nikmat Sihat.Iman Dan Islam..Aku Masih Tidak Percaya.Sungguh Banyak Yang Kau Berikan Padaku.Banyak Sekali.! Namun.AkuMasih Alpa.Aku Manusia Biasa.Sering Terleka.Sedikit Sekali Mensyukuri.Alhamdulillah.Aku Masih Tabah Dan Teguh Berdiri.Meneruskan Perjalanan Musafir Ilmu.Sepanjang Perjalanan Aku Disni Pelbagai Nikmat Yang Aku Perolehi.Aku Kenal Nikmat Rindu.Ya.!Aku Rindu Pada Mereka.Aku Mengerti Nikmat Bahagia.Aku Sudah Mengerti  Hangat Cinta Ilmu.Ya.! Allah Juga Beri Aku Nikmat Airmata. Teringat pada Sahabatku Nur Nabihah Khairah.Yang Telah Kembali Pada Pemilik Hati Setiap Insani.Dia Telah Menjemput Sahabatku Dahulu.Sungguh.! Itulah Khabar Yang Telah Memberi Tamparan Hebat Kepadaku.Aku Mulai Mengerti.Bagaimana Mungkin Aku Berbicara Tentang Dunia , Cinta .Dan Manusia Andai Masih Mengambil Enteng Terhadap Pemilik Cinta Hakiki.Dia Yang Memberi Aku Segalanya.Adakah Aku telah Membalas Dengan Sebaiknya?Adakah Sudah Cukup Cantik Hadiah Yang Aku Gubah Untuk Diberikan KepadaNya.Atau Hanya Biasa2.

 كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ

استغفر الله

 Tidak Mempedulikan Dia Yang Berkuasa Atas Segalanya.Yang Memberi Nikmat Kepadaku Walau Aku Sedikit Sekali Bersyukur KepadaNya.Kurang Sekali Aku Bersujud Merendahkan Diri Di HadapanNya.Benarlah KataNya dan Doa Saidina Ali Bahawa Orang Yang Bersyukur Itu Sungguh Sedikit.Payah Sekali Untuk Menjadi Golongan Yang Sedikit Itu.AllahuAkbar.!Aku Ingin Sekali SeTabah Sumayyah.Ingin Sekali SeKental Khaulah Al Azwar.Sungguh Ingin SePetah Zainab Al Ghazali.Dalam Membicarakan Tentang Islam.Tentang Indahnya Agama Tatkala Aku Menaip Kalam Bisu Ini.Aku Teringat Bicara Hikmah Murabbi Tercinta.Kebergantungan Pada Allah Itu Sangat Penting.Bagaimana Mungkin AkuGhuraba.Tentang Hebatnya Islam Dalam Setiap Perkara.Bukan Sahaja Pada Pemudanya Bahkan Pada Pemudinya.Aku Ingin Menjadi Seperti Mereka.Agar Aku Ada Hadiah Yang Terbaik DihadapanNya.

اللهم صلى على محمد

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Airmataku Laju Seiring Kalam Bisu Ini.Aku Bersyukur Masih Dikurniakan MamaAbah Yang Sentiasa Memperingatkan Aku Agar Tidak Lupa Mensyukuri NikmatNya.Yang Begitu Banyak Andai Hendak Dihitung.Aku juga Bersyukur Punya Sahabat Yang Setiap Masa Ada Bersama Bagi Melontarkan Semangat Dan Ruh Islami Agar Aku Tidak Goyah.Alhamdulilllah.Terima Kasih Sahabat Kerana Benar Arif TentangKu Yang Mudah Lemah dan Leka.Aku Juga Bersyukur.Aku Masih Punya Teman Yang Setia Menemaniku Tatkala Aku Jatuh Dan Payah Untuk Bangkit.Kau Ada Mendukung Belakangku.Menyerapkan Kalam CintaNya Agar Aku Mampu Untuk Kembali Berdiri.Kembali Menjadi Pendokong AgamaNya.Aku Sangat Bersyukur Atas Setiap Nikmat Yang Aku Perolehi.Aku Wajib Bersyukur Kerana Masih Ada Insan Yang Tidak Perolehi Apa Yang Aku Perolehi..

:: KamiMataRantaiPerjuanganBaginda ::
  [ Syahirah Aisyah . Nur Izyan Syahirah Siti Khajar Kamil. Fazliana Rahim . Siti Khadijah ]

_ PerutusanRinduKuBuatKalian _

Astaghfirullah_Alhamdulillah.

Sunday, October 14, 2012

aKu dan diA


Bismillahirrahmanirrahim..

berapa bintang iman anda hari ni? ^_^..

tatkala tangan aku mengetuk-ngetuk keyboard..

airmata turut mahu mengalir..entah kenapa..? 

aku tenung dan terus merenung bulan disisi kamar kecil ku ini..

Sungguh..!!

nikmat yang Allah turunkan
tak tercatit dan tak ter'list'..ini kan nak mengira..

Sungguh..!!

 SAKINAH..MUTMAINNAH..

saat aku menghitung nikmatNya yang begitu OSEM

...aku terkenang
manusia disekeliling aku..dunia kita sama..

namun adakah mereka peroleh apa yang aku peroleh..?
atau mungkin aku peroleh yang lebih baik dari mereka..? 

Sungguh..!

 bagaimana mungkin aku menggambarkan setiap nikmat dariNya..

Ya Allah..ingin sekali aku berdiri di atas bangunan tinggi..untuk aku beritakan pada dunia juga mereka..nikmat yang Kau takdirkan buatku..

banyak.! osem..! subahanallah~!

perancangan sungguh INDAH buatku..tak terbilang..!
aturan ukhuwwah antara aku dan dia..intabeh ayat cintaMu buat aku dari dia..

YA..!

tidak terucap dek kata-kata..namun sudah cukup air mata berbicara segalanya.sungguh..! 

ya Allah..aku bersyukur atas segala nikmat yang Kau hulurkan pada insan kerdil ini..

YA..!

tidak layak lagi untuk aku meMINTA..namun..cukup dengan aku bersyukur dengan nikmat HEBAT yang Kau beri..

YA..!

aku masih tidak percaya akan NIKMAT OSEM yang Kau Beri pada aku..

Alhamdulillah~ سبحان الله ~Allahuakbar~


Wednesday, August 1, 2012

_my her0_


Tatkala aku membuka mata
Melihat keindahan  alam ini
Panorama memukau pandangan
Setiap pelusuk membawa makna
Penuh dengan warna warni kehidupan



 Sungguh !

Kadangkala aku terleka melihat
Ciptaan istimewa Sang ilahi
Tiap kali aku menghirup udara dariNya



Pasti !

Insan ini akan sentiasa mengingatkan aku
Insan ini pasti setiap kali menasihati aku
Insan ini juga mendidik ku hingga lelah
Insan ini adalah seorang yang istimewa
Buat diri Aku

Namun . .

Kadangkala aku tidak pernah menghiraukan
Juga meremehkan pesanan dari dia
Dia tetap teguh berdiri
Tetap tabah berdiri
Walau di puncak yang tinggi
Agar aku bisa menjadi insan yang berbakti
Bagi menyambung perjuangan nabi
Dalam mencari redha Ilahi.

Insan itu adalah ABAH !

Sanah Helwa ABAH !

Kata-kata abah yang membuatku terpana

   Alhamdulillah..Allah bagi peluang lagi untuk abah tengok anak-anak abah membesar dengan Iman dan amal solehJ







Friday, July 27, 2012

0sem ^_^


Aku pinta Dia sejambak bunga
Aku pinta Dia seteguk air
Aku pinta Dia seorang teman

NAMUN

Dia berikan aku sebuah taman
Dia berikan aku sebuah lautan
Dia berikan aku seteguh ikatan
Tatkala kesepian menebal meliputi diri
Dia merencana sesuatu yang indah
Buat diriku dan juga teman-teman

Sebuah pertemuan osem
Yang tidak mungkin dicipta tanpaNya

Sungguh!

Osem sekali rencana yang diciptaNya
Walau seketika cuma
Ia sudah cukup untuk membuktikan padaku
Bahawa setiap pertemuan itu indah
Persis sebuah pelangi di langit
Berbagai warna tapi punya satu nama
Seperti aku dan teman-teman jua
Dari ruang hidup yang berbeza
Namun bersatu kerana ilmu

Sungguh!

Aku bersyukur sekali kerana
Aku dipilih untuk itu
Walau hakikatnya aku tidak punya hak

Namun

Setiap perancanganNya itu
Tiada siapa yang bisa mengubahnya


~ Qurratu Aini Fozi ~

~ besties akhirat ~

~ fwend ~

_sohabah mahbubah _

_3 sekawan_

_ukhuwwahfillahabadanabada_

^_^