Aku pinta
Dia sejambak bunga
Aku pinta
Dia seteguk air
Aku pinta
Dia seorang teman
NAMUN
Dia berikan
aku sebuah taman
Dia berikan
aku sebuah lautan
Dia berikan
aku seteguh ikatan
Tatkala kesepian
menebal meliputi diri
Dia
merencana sesuatu yang indah
Buat diriku
dan juga teman-teman
Sebuah
pertemuan osem
Yang tidak
mungkin dicipta tanpaNya
Sungguh!
Osem sekali
rencana yang diciptaNya
Walau
seketika cuma
Ia sudah cukup
untuk membuktikan padaku
Bahawa setiap
pertemuan itu indah
Persis sebuah
pelangi di langit
Berbagai warna
tapi punya satu nama
Seperti aku
dan teman-teman jua
Dari ruang
hidup yang berbeza
Namun bersatu
kerana ilmu
Sungguh!
Aku bersyukur
sekali kerana
Aku dipilih
untuk itu
Walau hakikatnya
aku tidak punya hak
Namun
Setiap perancanganNya
itu
Tiada siapa
yang bisa mengubahnya
~ Qurratu Aini Fozi ~
~ besties akhirat ~
~ fwend ~
_sohabah mahbubah _
_3 sekawan_
_ukhuwwahfillahabadanabada_
^_^