Saturday, April 16, 2011
Sunday, March 27, 2011
ini jalan terakhirkku..
Seungkap kalimah yang aku mulakan sebagai seorang umat nabi muhammad sallahualaihiwasallam…
ALHAMDULILLAH..
Satu ungkapan yang bisa aku tuturkan buat sahabat yang aku kasihi kerana ALLAH..sahabat (kalau kalian menerima aku sebagai sahabat kalian)aku menganggap kalian sebagai sahabat ku..tidak tahu pula bagaimana dengan kalian..munkin kerna itu kita masih ada perselisihan faham antara kita..kerana karakter dan persefahaman yang amat berbeda..kerna..rambut sama hitam tapi hati lain-lain..buat sahabat ku yan..syera..khuwiadij..nani..Qisz dan buat semua sahabat ku yang lain(bukan aku tidak mengingati kalian)cukuplah sampai sini sahaja perih..pedih sakit..hati ini sudah cukup terobek dan patah..mungkin atas kekasaran ku sendiri terhadap kalian sehingga aku dibalas “cash” oleh ALLAH atas sikap ku yang sering melukakan setiap saat..setiap minit..setiap jam..setiap hari..setiap minggu dan begitu seterusnya..aku sering menyakiti kalian sehingga kalian sudah “penat” menyertai duniaku dan cuba untuk keluar dari pagar kelukaan iaitu duniaku yang sering menyakiti hati kalian..sememangnya aku sering bersalah dalam setiap perkara..
...yan..
aku tidak sehebat kau dalam menuntut ilmu senawi..kau cukup pakar dalam bidang penghafalan..begitu jauh sekali kepakaran kau dan aku..dan kata kata kau lebih dipercayai dalam kalangan sahabat akhor..kau lebih dipandang oleh sahabat yang lain mungkin kerana ilmu kauyang tinggi nilainya..kau tidak pernah meyakiti sahabat yang lain..jauh berbeza denagn aku yang serin mematahkan hati insan disekeliling ku..kau lain..begitu bijak dalam menghargai insan atau lebih tepat sahabat yang bersama dengan mu..TAHNIAH..!!kau mampu dalam mengendalikan perasaan sahabat mu tatkala berbicara dengan mu..tidak seperti aku..hanya tahu melukakan perasaan dan hati orang lain..
.....syera..
aku tak sebijaksana kau dan sepantas dalam segala aspek yang sudah lali buatmu seperti…x perlu ku ceritakan..dek terlalu banyak perkara yang amat kau memang"masyi"..kau lah sahabat yang agak memahami diri ini yang penuh dengan kekurangan dalam pergaulan bersama dengan kalian..kau lebih mengambil berat terhadap ku..terima kasih teman..selepas ini..sudah hilanglah satu bebanan yang terpikul oleh kamu dek memelihara ku ini..
........khuwaidij..
kau cukup hebat dengan ilmu keagamaan yang tidak mampu di tandingi oleh ku da sahabat yang lain..kerana..kau mempunai pelbagai khilaf yang kau sudah pakar mengenainya..kau cukup hebat dengan ilmu yang sukar diperoleh itu..kadangkal aku kurang menyenangi dengan perbuatan mu..namun..aku terima dan redha kerna aku perlu "tafahhum"....
.....nani..
kau hebat dalam setiap aspek dalam duniawi mahupun ukhrawi..kerana usaha kau yang tidak henti seperti tiada waktu dalam hidupmu..kadangkala..aku agak sukar men “tafahhum” dirimu yang amat berbeza sikap dengan sahabat ku tang lain..aku sememangnya dengan dirimu yang sukar ku tafsirkan bagaimana..pelik..mungkin itu kalimah yang selayaknya buat mu..maaf andai kata kataku ini mengguriskan hatimu..
aku tahu..mungkin ini jalan terakhir untukku meninggalkan “dunia”ini bersama kalian semua..aku berharap agar..kalian tetap mendoakan aku terus tabah dalam berjuang hingga kita bertemu kembali di syurga fidausi..amat aku mengharapkan bacaan yasin dari kalian tatkala mendengar khabar berita bahwa aku pergi dahulu mengahadap RABB IZZATI..aku sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagian kalian..aku juga mendoakan agar kita semua tabah dalam menegakkan syiar ALLAH yang semakin hilang kebenarannya ditelan bumi yang semakin fasad sediki demi sedikit…
Andai kata-kataku ini mengguriskan hati kalian..aku memohon segunung kemaafan dari kalian..itupun kalau kalian sudi menerimanya…aku sememangnya tidak layak lagi untuk bersama kalian dalam mencari butir2 mutiara ilahi..biarkan lah aku disini..melihat kalian seiring bersama dalam dunia indah yang di beri ilahi..
SALAM JIHAD DEMI ISLAM…
Thursday, March 24, 2011
pemberian ArRahim
alhamdulillah..
"ya ALLAH..aku bersyukur yang tak terhingga aas rezeki dan nikmat yang Kau berikan padaku...aku dihurung rasa berslah kerana aku kadang kala lalai dan alpa namun Kau tetap memberikanku nikmat yang tidak terhingga..aku amat bersyukur ya ALLAH atas rezeki dan nikmat yang kau kurniakan.."
pada hari rabu pada 23 mac 2011 adalah hari yang amat mendebarkan bagi pelajar SPM 2010 yang telah bertungkus lumus dalam memperoleh kejayaan yang terbaik dalam menghadapi masa hadapan..pada hari itu...bagi pelajar maahad ahmadi dimaklumkan bahawa keputusan akan di umumkan pada jam 1 tengahari..jantung masing-masing cukup berdebar-debar dalam menanti jam 1 bagi keputusan diumumkan..ada yang menyemak melalui sms..ada antara mereka memperoleh keputusan yang baik..dan ada sebaliknya..begitulah warna alam..olehNya.tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan kerana setiap perkara itu ada hikmahnya..dan setiap hikmah itu adalah nikmah.. oleh itu bersyukurlah terhadap pemberian yang diberi
MABRUK buat maahad ahmadi dan pelajar yang telah melakar kejayaan yang telah menjulang nama MAAHAD AHMADI di peringkat persada..TAHNIAH semua..
Tuesday, March 15, 2011
~ jalan-jalan ~
macam tak percaya jer hari tu jalan-jalan kl ngan al0ng..k.cik..k.teh..angah..asu n adik..hmm..plan nak gie ngan k.ngah..tetibe tak jd plak..die de annual day family..plan la ngan angah..angah 0n jer klu bab2 r0und kl nie..sebenarnyer nak gie l0w yatt..nk bli memory ph0ne jer pun..alang2 dh smpi kl2..singgah la skali masjid india..maklumla..perempuan kan..kat situ memang jual mcm2..tudung..jubah..kain ela..kasut..gelang...ishh..banya
k la..tak terkata banyak nyerr..mula2 perjalanan..al0ng..k.cik..asu n adik dr umah nenek asu kt semban..bert0lak lbih kurang pk0l 10 pagi..kluar umah tr0s dpt teksi..alhamdulillah..pastu s0wh uncle 2 antar kt ktm tr0s..pastu bli tket nk gi kl sentral..masa tunggu 2..t'nmpak ade s0rg akk nie mcm alang nisa'..mcm ye..mcm tak..xdela tg0r..tk0t slh 0rg plak..(wat mlu jer nnti)..alhamdulillah..ktm xpn0h..smpi kl sentral..gi kl monorail plak..huh..jauh gak la nk jalan dr kl sentral nk ke kl monorail tuhh..pas2 tunggu angah ngan k.teh..x smpi2..kte0rg gi la kluar kn duit k.cik dlu kt ban
k islam..time 2 kne naik bukit..abis kain asu terkoyak..nasib baik ckit..klu banyk..wat malu jerk..hmmm...pas2...tunggu k.teh plak amek duit kt bsn..terlepas smpi 3train..hurghh!!geram..tapi wt x tau je la kan..then..gi jalan imbi gi l0w yatt..singgah la satu kedai nie..asu tanya bape hrge memory card 2 gb..br0ther nie kter rm50..terpelanting jantung kte0rg dgr..kte0rg p0n jalan la kt kdai lain plak..pegi la kt 1 kdai nie..tnye psl mem0ry card 2..br0ther 2 kate..rm28 jer..tekejut kte0rg!!pelik..dlm plaza yg sama p0n harga yg glerr berbeza..hmmm..pas2 take lunch..then s0lat..jama' skali arr..then bru pegi masjid india..kne naik kl monorail ..then gi masjid jamek..depan 2..masjid india..macam2 ragam 0rg kte0rg jmpe kt ctu..ade yg mesra pelanggan..ade plak..buat x tau jer..jalan punya jalan..smpai k0l 4.15..then sumer dh pnt..kt stesyen masjid jamek..kte0rg terpisah..k.cik nk blik umah k.l0ng die..yg lain..nk naik kl monorail amek hang tuah plak..smpi kt stesyen hang tuah..along n angah tr0s ke serdang..k.cik..asu n adik..naik suasana edaran blik s'ban...lbih krang k0l 5.45 smpi terminal..alhamdulillah..pl
an blik nak naik bas..tp..mama smpi lg awal.kte0rg naik kete jer la..antar k.teh kt umah at0k die kt temiang jaya..huhh..penat..malam 2 jugak asu n family blik s'alam..penat jiddan tau!!..mlm 2 nk td0..kaki sengal2..mcm nk tercabut dah..awl gak la td0 mlm 2..2jer nk cter...jalan-jalan ngan kawan2..maybe pas nie dh separated..tk0t x jmpe plak..sbl0m nk berpisah nie..

Friday, March 11, 2011
PerJalaNan ini...

Alhamdulillah..aku selesai menjalani imtihan Qabul yang....huhhh..begitu menguji minda yang agak2 penuh dengan fakta yang berjuta2..agak pening sebenarnyer..tapi..ada yang mampu untuk ku menghadapi nya dan....begitulah dengan sebaliknya...sebilangan dari sahabatku begitu yakin bahawa mereka akan meneruskan pengajian hingga ke hujungnya...begitu juga dengan setengah antara mereka yang tekad untuk meneruskan pengajian dalam majal yang berbeza..seperti perguruan..asasi..dan lain2 lagi..hmmm..actually...diri ni p0n tak tau nak pilih bidang per..abah kata..stay jer STAM..2tahun jer..standard diploma plak tu..lepas keluar terus b0leh sambung ijazah..lagi senang..kalau yang lain tu..diploma sampai 3/4 tahun..lama..lambat and so on la..then bru nak ambik ijazah..
mama plak kata..mama tak kisah..mama ikut al0ng jer..asalkan al0ng belajar dan al0ng berjaya dengan mumtaz..mama s0k0ng jer dari belakang..yang penting anak mama berjaya..
ALLAH tidak melakukan sesuatu itu dengan sia-sia..
(23:115)
Saturday, February 26, 2011
10 Petanda dia "untuk" kita
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
- Artikel iluvislam.com -
Saturday, February 19, 2011
REALITI KEHIDUPAN
"SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU PASTI"
BUAT SAHABT YANG AMAT AKU SYANGI DAN AKU KASIHI..TIDAKLAH SESEORANG SAHABAT ITU MEMBIARKAN SAHABATNYA YANG LAIN TERJEBAK KE DALAM KANCAH MAKSIAT YANG DILAKNAT SANG KHALIQ...
hari demi hari aku menuntut ilmu ilahi di bumi barakah ini..aku memikirkan sendirian..aku memerhati sikap sahabat2 yang aku sayangi kerana ALLAH..satu persatu..
ada yang aku cukup kagum dengan nya kerna begitu hargai waktu2 untuk "bertemu" dengan sang KHALIQ..dan ada pula..sedikit menyedihkan diri ini..bukan aku sudah cukup baik..namun aku sendiri dalam mengislah diriku hari demi hari...sahabat..sudah berkali aku menadah tangan pada ilahi agar kau berpaling dari 'si dia'dan meluangkan masa dengan ku..kini..kau dan aku bagai se ela..aku begitu sukar untuk berbicara..bermadah pujangga..menyelami rasa bersama mu..aku sedih..kerana kau membawa dirimu jauh hanya kerana 'si dia'yang lebih kau utamakan..sahabat..aku rindukan pershabatan kita dahulu..tatkalu aku murung dan sedih..kau hadir..memberi bahu dan telinga mu bagi ku meluahkan rasa yang membunuh hati ini..begitu sebaliknya..kau mudah meluahkan pendapat,teguran,dan permasalahn yang kau hadapi padaku..namun kini..segalanya berubah..'si dia' telah merampas segala kebahagiaan yang telah kita bina dahulu..lebih indah dan diredhai ALLAH selain mendapat halawatul iman yang kita bina kerna sang KHALIQ...
sahabat,,
andai kau terbaca kalam ini..bukan aku menyuruh kau memutuskan hubungan antara kau dan dia..tetapi..andai kau merasakan hubungan yang kalian bina melukakan hati kedua ibubapa..leraikanlah ia..hanya untuk sementara..biarlah aku sahaja yang terluka..janganlah kalian melukakan hati insan yang telah banyak berkorban dalam hidup kalian selama kalian hidup di muka bumi ini..kerna..sang KHALIQ telah berjanji
"perempuan yang baik unuk lelaki yang baik"
"dan aku menciptakan sesuatu dengan berpasang-pasangan"
andai ada jodoh antara kalian..biar tepisah dek benua..andai berjauhan antara utara dan selatan..tidakkan terpisah jika sudah ditakdir tuhan..andai benar lah kalian ingin bersama..meterailah satu ikatan yang sah..agar setiap perbualan..pertemuan yang kalian lakukan adalah HALAL kerna sudah punyai sebuah ikatan yang sah..
akhir kalam..
aku hanyalah hambaNya yang hina dan lemah..dan setiap mukmin itu haruslah mengingatkan saudarnya yang lain andai dia benar mencintai saudaranya yang lain.